Semantik

4.2.4     Analisis Semantik dalam dialek Kota Bharu

Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek “semantikos” yang membawa maksud “erti yang penting”. Bidang makna ataupun semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistic kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa menurut R.H. Robbins (1952) adalah menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Selain itu ada lagi tokoh-tokoh yang mengemukakan pendapat yang lain. Firth (1994) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam sesuatu kajian bahasa.

Dalam bidang linguistik , semantik pula ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa (Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang sangat luas, dimana ianya mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa serta juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah makna afektif, makna leksikal, makna konseptual, makna konotatif, makna kolokatif, makna tematik dan banyak lagi.

Berikut merupakan data kajian pengkaji yang menunjukkan wujudnya perbezaan makna antara dialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu Standard.

89

Leave a comment