Hasil Dapatan Teman Responden

Hasil dapatan kajian berdasarkan soal selidik yang diedarkan kepada teman responden :

Borang soal selidik turut diedarkan kepada teman responden untuk memastikan andaian pengkaji terhadap responden sama ada benar atau tidak. Ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi andaian pengkaji.

Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan keapada teman responden ini , responden ini juga merupakan seorang yang berfikiran terbuka kerana menurut sahabat responden, responden merupakan seorang yang berimaginatif dan menghargai pandangan orang lain. Selain itu, responden ini juga mempunyai sifat neurotik iaitu mudah merasa tegang jika menghadapi masalah.

Hasil dapatan kajian berdasarkan soal selidik kepada teman responden, menunjukkn bahawa responden seorang yang berfikiran terbuka dan bersifat beurotik dalam menghadapi sesuatu masalah.

 

Hasil Dapatan Kajian

Hasil dapatan kajian berdasarkan soal selidik kepada responden:

          Soal selidik ini dilakukan bertujuan untuk menjawab andaian pengkaji yang mengatakan responden merupakan seorang yang berfikiran terbuka berdasarkan status responden di laman muka buku.

          Berdasarkan kajian yang dilakukan melalui borang soal selidik yang telah diberikan kepada responden, responden ini merupakan seoramg yang berfikiran terbuka. Responden ini juga mempunyai sifat lain iaitu menyenangkan perasaan.

          Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sifat responden tidak hanya tertumpu kepada sati sifat sahaja. Responden ini juga mempunyai sifat lain yang dapat dikenalpasti selepas memberikan borang soal selidik kepada responden.

Item Soal Selidik Rakan Responden

Berikut merupakan item soal selidik yang digunakan untuk mengenalpasti sifat responden. Item soal selidik ini telah diberikan kepada teman responden untuk menjawabnya.

  1. Sekiranya ada pelancong ingin bertanya jalan sahabat anda akan:
    – (A) bijak menangani
  2. Jenis filem yang digemari oleh sahabat anda:
    -(A) berunsur imaginasi
  3. Jika anda memberitahu masalah kepada sahabat anda, dia akan
    -(E) merasa tegang
  4. Jika anda menceritakan masalah anda kepada sahabat anda, dia akan;
    -(E) merasa tegang
  5. Sahabat anda seorang yang
    -(A) berimaginatif
  6. Jika bekerja secara berkumpulan, sahabat anda akan
    -(A) menghargai pandangan orang lain
  7. Bagaimanakah sahabat anda menangani masalah yang dihadapi dalam hidupnya
    -(A) merasa tegang
  8. Tindakan sahabat anda apabila menghadapi masalah
    -(E) ingin tahu
  9. Apabila sahabat anda dijemput ke sesuatu majlis dia akan;
    -(A) bijak sesuaikan diri

Item Soal Selidik Responden

Berikut merupakan item soal selidik yang digunakan untuk mengenalpsti sifat responden;

  1. Sekiranya ada pelancong ingin bertanya jalan anda akan:
    (B) bertanggunjawab untuk membantu
  2. Jenis filem yang digemari oleh anda:
    (A) berunsur imaginasi
  3. Jika sahabat anda memberitahu masalah kepada anda, anda akan
    (A) memberi motivasi berdasarkan pengalaman
  4. Jika sahabat anda menceritakan masalah kepada anda, anda merasa;
    (A)merasa ingin tahu
  5. Anda seorang yang
    (A) berimaginatif
  6. Jika bekerja secara berkumpulan, anda akan
    (A) menghargai pandangan orang lain
  7. Bagaimanakah anda menangani masalah yang dihadapi dalam hidup
    (A) menghargai pendapat orang lain tentang masalah yang anda hadapi
  8. Tindakan anda apabila sahabat menghadapi masalah
    (E) merasa tegang
  9. Apabila anda dijemput ke sesuatu majlis anda akan;
    (A)bijak sesuaikan diri

Berfikiran terbuka

Responden Berpesonaliti Berfikiran Terbuka

Dapatan Kajian Responden 1.01
Situasi:
Jangan jadikan hari ini, hanya untuk menunggu hari esok. Rancanglah sesuatu. Semoga sesuatu itu dapat kita perjuangkan bersama…
Ulasan:
Berdasarkan kata atau frasa responden ini: responden ini merupakan seorang yang bermotivasi tinggi.Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berfikiran terbuka.
_______________________________________
Dapatan Kajian Responden 1.02
Situasi:
In times of difficulties, Don’t ever say, “GOD I have a big problem”, but instead “Hey problem, I have a big GOD” Allahu akbar!! Always with him….
Ulasan:
Berdasarkan kata atau frasa responden ini:Responden ini merupakan seorang yang berwawasan. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berfikiran terbuka.
________________________________________
Dapatan Kajian Responden 1.03
Situasi: ” Kebenaran bagai air akan terus mengalir. Lagi disekat lagi hebat arus dan gelombangnya”.
Ulasan:
Berdasarkan kata atau frasa responden ini: Responden ini mempunyai daya pandangan yang menarik dan berfikiran terbuka dalam menyatakan sesuatu.Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berfikiran terbuka.
_______________________________________
Dapatan Kajian Responden 1.04
Situasi:
Mengabadikan khazanah berkaitan Kerajaan Osmanli dan Sultan Muhammad Al-Fatih memang menjadi kegilaan saya sejak di bangku menengah lagi.. akhirnya bila dihimpunkan agak banyak juga khazanah ini… paling bermakna apabila mendapat cenderahati bermakna dari Turki pemberian Ustaz Syaari Abd Rahman dan isterinya Pn Suhadah…
Ulasan:
Berdasarkan kata atau frasa responden ini: Responden ini mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman.Ini dapat dilihat melalaui pos-posnya. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berfikiran terbuka.
_______________________________________
Dapatan Kajian Responden 1.05
Situasi:
Sejak kecil,Muhammad Al-Fatih dididik secara intensif oleh para ulama terulung di zamannya.Di zaman ayahnya,yaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fatih). Sultan Murad II telah menghantar beberapa orang ulama untuk mengajar anaknya sebelum itu,tetapi tidak diterima oleh Amir Muhammad.Lalu,dia menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika membantah perintah gurunya. Waktu bertemu Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh Sultan,Amir Muhammad tertawa.Dia lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani. Peristiwa ini amat berkesan pada diri Amir Muhammad lantas setelah itu dia terus menghafal Alquran dalam waktu yang singkat.Di samping itu,Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih yang hakiki.Dia mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu agama seperti Alquran,hadis,fikih, bahasa (Arab, Parsi dan Turki), matematika,falak,sejarah, ilmu peperangan dan sebagainya.
Ulasan:
Berdasarkan kata atau frasa responden ini: Pos responden ini menunjukkan bahawa responden mempunyai banyak pengetahuan dan bersifat artistik. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berfikiran terbuka.
_______________________________________
Dapatan Kajian Responden 1.06
Situasi:
Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-Fatih supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Othmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Al-Fatih. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah untuk tentera laut Othmaniyyah berjaya membolos Tanjung Emas…
Ulasan:
Berdasarkan kata atau frasa responden ini: Berdasarkan pos responden ini, beliau boleh merupakan seorang yang artistik.Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berfikiran terbuka.
_______________________________________
Dapatan Kajian Responden 1.07
Situasi:
kata ibu saya, “kalau kita kahwin ni, bukan brkahwin dgn isteri kamu aja, tetapi kamu kahwin dengan semua ahli keluarganya, trmasuk ibu dan ayahnya skali..jadi hargailah isteri dan keluarganya juga.”
Ulasan:
Berdasarkan kata atau frasa responden ini: Berdasarkan kata-kata responden ini beliau seoramg yang dapat menghargai pandangan orang lain. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berfikiran terbuka.
_______________________________________
Dapatan Kajian Responden 1.08
Situasi:
Ramai orang dalam facebook dok cerita tentang detik-detik bersejarah.. kebetulan buku teks sejarah ada kat atas meja.. jadi sekarang dok kaji buku teks sejarah..hihihi
Ulasan:
Berdasarkan kata atau frasa responden ini: Responden merupakan seorang yang bersifat ind=gin tahu.Ini kerana apabila mengetahui orang lain sedang melakukan sesuatu itu,dia juga akan turut mencarinya. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berfikiran terbuka.
________________________________________
Dapatan Kajian Responden 1.09
Situasi:
Post ; Apa aktiviti skr…..Inilah bakal pemimpin pelapis yg berpotensi dan berwibawa…Teruskan perjuangan mu dik…..
Komen Responden ; Assalamualaykum abg….. saya masih orang muda yang kena banyak belajar dengan orang yang berpengalaman seperti abg zul.. Pengalaman bersama dulu membantu semasa di MBK dulu.. Moga ada kesempatan lain utk saya belajar dgn abg zul terutama soal kecekapan mengurus organisasi..:)
Ulasan:
Berdasarkan kata atau frasa responden ini: Responden seorang yang ,enghargai pendapat orang lain dan cuba belajar dengan orang tersebut.Oleh itu, saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berfikiran terbuka.
________________________________________
Dapatan Kajian Responden 1.10
Situasi:
Sayu mendengar bacaan merdu ayat suci Al-Quran oleh Perdana Menteri Turki,… Sangat menyentuh hati.. Semoga Allah merahmati segala tugasan kepimpinan tuan di sana..
Ulasan:
Berdasarkan kata atau frasa responden ini: Responden merupakan seorang yang berpandangan jauh dan menghargai , saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berfikiran terbuka.