Pembentukan Kata

4.2.2     Analisis Pembentukan Kata dalam dialek Kota Bharu

Dalam bab ini, pengkaji akan mengkaji analisis pembentukan kata dalam dialek Kota Bharu Kelantan. Pengkaji akan mengkaji perbezaan yang wujud antara pembentukan kata yang wujud dalam dialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu Standard. Pengkaji akan mengkaji bagaimana pembentukan kata berlaku dalam dialek Kota Bharu. Melihat apakah wujud imbuhan dalam dialek Kota Bharu. Pengkaji juga akan melihat sama ada berlaku atau tidak proses seperti pengguguran atau penyisipan dalam dialek Kota Bharu.

Menurut Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga 2008), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu:

  1. Bentuk kata tunggal
  2. Bentuk kata terbitan
  3. Bentuk kata majmuk
  4. Bentuk kata ganda

Analisis yang akan dilakukan oleh pengkaji, adalah mengenai pembentukan kata yang wujud di antara dialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu Standard. Pengkaji akan melihat perbezaan yanag wujud dalam aspek-aspek berikut:

  1. Pemilihan kata yang berbeza.
  2. Kata ganda
  3. Penukaran Kod
  4. Pengguguran suku kata/singkatan

Pemilihan Kata Yang Berbeza

Data di bawah menunjukkan pemilihan kata yang berbeza antara dialek Kota Bharu Kelantan dengan bahasa Melayu standard. Penggunaan leksikal di bawah ini sememangnya telah menjadi kebiasaan dalam pertuturan harian masyarakat daerah Kota Bharu. Penutur dialek Kota Bharu menggantikan perkataan yang seakan-akan sama dengan leksikal yang terdapat dalam bahasa Melayu Standard. Walaupun pemilihan katanya berbeza namun ia membawa maksud yang sama.

Untitled

Berdasarkan data kajian di atas, dapat kita lihat pemilihan leksikal yang berbeza antara DKB dengan BMS. Contohnya,

Leksikal “pulang” yang digantikan dengan “kelik”, data ini dapat menunjukkan perbezaam leksikal yang wujud antara DKB dengan BMS

Kata Ganda

Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.

2

Data 1 dan 2 menunjukkan data yang terdapat dalam bahan pengkaji. Manakala data yang ke 3 dan seterusnya diambil dari laman web berikut:

http://panduanpercuma.info/tahukah/4091/perkataan-berganda-ekstrim-versi-kelantan/

Pengkaji mengambil contoh ini untuk menunjukakn dengan lebih jelas tentang kewujudan kata ganda dalam dialek Kota Bharu Kelantan. Laman web ini telah dijadikan sebagai sumber rujukan oleh pengkaji.

Pengguguran Suku Kata/Singkatan

Dalam dialek Kota Bharu juga berlaku pengguguran suku kata ataupun berlakunya singkatan. Rajah di bawah dapat menunjukkan berlakunya pengguguran suku kata atau penyeingkatan dalam leksikal dialek Kota Bharu berbanding bahasa Melayu Standard.

3

Dalam data 1, leksikal /cerita/ telah dipendekkan menjadi /cito// Berlakunya pengguguran suku kata /er/ yang berada ditengah ayat dan fonem a telah bertukar menjadi o. Oleh sebab itu wujudnya leksikal /cito/ yang telah berlaku pengguguran.

Dalam data 2 dan data 5 pula, berlakunya pengguguran suku kata /ng/ .

Penukaran Kod

Charles A. Ferguson (1959) pula mengatakan bahawa penukaran kod bermaksud penggunaan dua bahasa yang berlainan atau dua kelainan bahasa, yang satu tinggi, rasmi dan formal manakala yag satu lagi rendah, tidak rasmi dan tidak formal.

Kedwibahasaan juga boleh dikaitkan dengan penukaran kod. Kedwibahasaan juga dikenali sebagai bilingualisme (daripada perkataan Inggeris bilingualism), iaitu pertama wujud keadaan bahawa seseorang itu mengetahui dan menguasai dua bahasa, dan kedua ialah mengamalkan dan menggunakan dua bahasa dalam kehidupan seharian.

Data di bawah menunjukkan berlakunya penukaran kod dalam DKB.

Transkripsi BMS: Pada hari raya kedua, makcik akan keluar berjalan-jalan ke rumah sanak saudara makcik yang jauh.

Transkripsi DKB: Ari rayo keduo baru mokcik start jale nga anok-anok gi umoh sedaro maro hok jawoh.